Posted by : fandi Rabu, 2 Mac 2011

Assalamualaikum

wah lama juga saya menyepi dari 'update' blog kerana kesibukan tugas seharian.. rakan-rakan pembaca semua apa khabar? harap semua sihat sejahtera.. saya mengucapkan terima kasih kerana masih datang ke blog saya walaupun kurang update terbaru sejak menjak ni.. diharapkan info-info yang sedia ada di dalam blog ini dapat membantu anda mendapatkan gambar yang anda idam-idamkan.

ok pada hujung minggu yang lepas saya diminta oleh rakan saya untuk merakam gambar persembahan band mereka di ibu kota sebagai gambar portfolio band. terdapat 9 band yang membuat persembahan pada malam tersebut dan band rakan saya " Sunday Workers" turut membuat persembahan. anda boleh layari facebook mereka dan mendengar lagu-lagu mereka..layanzzz =)

semasa merakam gambar-gambar tersebut, saya menghadapi cabaran dalam mendapatkan cahaya yang cukup kerana pentas hanya diterangi dengan lampu pentas yang sentiasa berkelip-kelip dan berubah warna.

jadi kaedah yang saya gunakan adalah:
1) menggunakan lens aperture besar ( saya guna 35mm f2.4)
2) mode continuous focus ( disebabkan pemain muzik sentiasa bergerak)
3) mode burst ( merakam beberapa frame untuk mendapatkan gambar yang bagus)
4) menggunakan iso tinggi ( gambar agak noise tetapi masih boleh diterima)
5) shutter speed pantas ( bagi memberhentikan pergerakan pemain muzik dan mengurangkan noise)
6) White balance Auto ( disebabkan perubahan color temperature yang mendadak)

hampir 400 keping gambar dalam masa beberapa jam sahaja tetapi hanya beberapa sahaja yang menarik dan 'sharp' ..















terdapat juga beberapa gambar band lain yang sempat saya rakam..







semoga entry kali ini dapat memberikan anda idea bagaimana untuk merakam gambar persembahan band dalam keadaan cahaya yang mencabar =)

sekian 

3 Responses so far.

  1. Khai says:

    Tak gune flash ke bro?

  2. A FUN DEE says:

    saya tak guna flash. ia mengganggu kosentrasi pemain muzik jika kita guna flash.. jika persembahan pentas formal, penggunaan flash adalah dilarang.. jadi lens aperture besar adalah membantu. selain tu jugak, jika guna flash kita tak dapat nak lihat lighting pentas yang digunakan :)

  3. yangyuyu says:

    low light memang mencabar kan...tq for the tips


sila laraskan kecerahan monitor komputer anda supaya anda dapat melihat perbezaan setiap jalur-jalur di bawah ini. ini bagi membolehkan anda melihat gambar-gambar dalam blog ini dalam kualiti warna yang maksimum.

Followers

Ebook Percuma tips asas fotografi

Hak Cipta Terpelihara

Blog ini adalah dilindungi oleh akta hakcipta. oleh itu anda dilarang sama sekali untuk memuat turun, menggunakan, memanipulasi, membuat salinan dan lain-lain yang berkaitan tanpa keizinan pemilik blog. sila hubungi pemilik blog untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kandungan blog ini untuk sebarang tujuan.

Jumlah Pengunjung

copyright@ www.afundee-photography.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Stay In Touch

Masukkan alamat email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Copyright © a fun dee`s photography